Aktiviti Terkini

There are no upcoming events currently scheduled.
View Full Calendar
Add New Event
alumni
50years

Affiliations

Yayasan Budi Penyayang Malaysia
Home

Kursus Motivasi @ SMK Raja Shahriman

Kursus Motivasi @ Bruas

 

Alumni Penyayang UTM akhirnya berkampung di Bruas, Perak setelah sepi tanpa sebarang aktiviti. Kali ini pengalaman dan ilmu dicurahkan kepada adik-adik di SMK Raja Shahriman , Bruas Perak. Program yang berlangsung dari 15 hingga 17 Julai 2007 ini disertai oleh 120 pelajar tingkatan 1 hingga 5.

Buat julung kalinya alumni mengadakan program bersama pihak luar seperti ahli kelab penyayang UKM, Fasilitator Prostar dan beberapa individu yang cintakan program-program kesukarelawanan. Apa yang lebih membanggakan ialah penyertaan dari alumni penyayang yang berada di luar lembang klang seperti zuli (Kuala Terengganu) dan Ina (Parit Buntar). Namun begitu alumni turut merasa simpati kepada beberapa rakan alumni yang tidak dapat turut serta di sebabkan masalah keluarga dan kerja.

Read more...
 
Bowling @ Midvalley
lee.jpg

Alumni Penyayang UTM kali ini meraikan cik lee lee yang bakal meneruskan kehidupan di Kota Singa (Singapura). Meskipun tidak dihadiri oleh kebanyakkan rakan alumni, program tetap diteruskan juga. Sebahagian rakan alumni yang hadir ialah sam, zaki, faiz, lee lee, epoi bersama orang rumah (bekas ahli kelab penyayang UM) dan juga nir.

Kemenangan sengaja diberikan kepada lee lee sebagai tanda kenangan sebelum berangkat ke kota singa . Terima kasih lee lee . Semoga bertemu jodoh diseberang!

 
Pameran Kegemilangan Tamadun Islam

klcc

Buat pertama kalinya alumni kelab Penyayang UTM berkumpul secara tidak rasmi di Kuala Lumpur. Selepas puas bercerita dan bergosip, rakan alumni meluangkan masa mencuci mata di Pameran keagungan sains islam di KLCC
 
CCIC 2007
kpic07

Program tahunan kelab penyayang UTM iaitu Kursus Induksi Kelab Penyayang sekali lagi diadakan di Kuala Linggi Melaka. Alumni Kelab Penyayang UTM seperti biasa dijemput menyertai kursus induksi sebagai badan pemantau dan penasihat. Kelab Penyayang yang telah berkembang dari tahun ke tahun begitu membanggakan pihak alumni. Ini adalah kerana kesemua alumni kelab penyayang UTM adalah pengasas kelab penyayang di UTM.

Kursus Induksi yang berlangsung selama 3 hari 2 malam di KM chalet ini disertai oleh 62 ahli kelab penyayang UTM dan 12 orang alumni. Penasihat Kelab penyayang iaitu Dr. Sarimah tidak dapat hadir disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.

Wajah-wajah ceria alumni yang telah sekian lama tidak berkumpul dapat disaksikan semasa berlangsungnya kursus induksi ini. Segala pengalaman dan ilmu dicurahkan kepada adik-adik agar ilmu pengurusan dan kepimpinan dapat diwarisi.


 
gegar U


Polls

Kurangnya semangat kesukarelawanan di Malaysia adalah kerana